Tips untuk kongsikan kepada pemilik preve premium (cfe) dikala anda didalam kesulitan.
Isu kali ini adalah mengenai ssb(start-stop button)
MASALAH ENJIN TIDAK DAPAT DIHIDUPKAN :-
1) Call i-care dan ceritakan masalah anda.
2) Sementara menunggu bantuan tiba dari i-care, anda boleh mencuba cara2 dibawah:-
i)Pastikan kuasa bateri kereta anda dalam keadaan baik( lampu meter,headlamp etc),berfungsi dgn baik.
ii)Tekan ssb hingga semua lampu dipanel meter menyala ( 2x tekan) .jangan tekan brek. iii)Tekan pedal brek dan laraskan tuil gear dari posisi P ke D dan kemudiannya dari D ke P semula. iv)Tekan ssb untuk matikan semula kuasa kereta anda. v)Hidupkan semula kereta anda secara normal.
3)Jika masih tidak dapat dihidupkan lagi :- ( kepada yang expert sahaja-newbie boleh skip ke no 4) i)Tanggalkan kabel diterminal negative bateri anda dan biarkan selama 5-10 minit.Selepas itu sambungkan semula kabel tadi ii)Hidupkan kereta seperti biasa.
4)Masih jugak tak nak hidup :- i)Berlindung ditempat selamat sambil minum kopi dan tunggu sehingga i-care sampai.Hubungi adik beradik,rakan2 atau update masalah anda di FB supaya mereka boleh beri bantuan kecemasan kepada anda.
MASALAH ENJIN TIDAK DAPAT DIMATIKAN :
1)Anda tidak perlu panic atau memandu pusing 1Malaysia untuk menghabiskan minyak anda. 2)Tekan SSB dan jangan lepaskan selama 5saat atau lebih atau tekan ssb berulang kali sebanyak 5 kali dgn cepat.Enjin akan dimatikan ini mengikut cara didalam manual yg diberikan.